Salam korang. Hai semua.
Kali ni aku nak kongsikan sebuah produk yang bagus untuk perlindungan kepada kanak-kanak agar terlindung dari jangkitan kuman dan virus berbahaya terutamanya pada musim Covid-19 ni.
Seperti yang kita semua tahu, kanak-kanak ni merupakan golongan yang paling mudah terdedah kepada penyakit kerana sistem imun badan mereka yang lemah. Kerajaan juga tidak menggalakkan ibu bapa membawa anak-anak kecil ke tempat awam yang sesak.
Diffenz Junior Perlindungan Untuk Kanak-Kanak
Sebelum ni aku pernah kongsikan produk Diffenz keluaran Eskayvie yang bagus untuk tingkatkan sistem imun badan sebagai persediaan hidup dengan Covid-19 di mana produk ini mengandungi bahan kandungan yang digelar SuperFood. Nak tahu lebih lanjut korang boleh baca disini.
Untuk pengetahuan semua, Diffenz Junior ini merupakan inovasi terbaharu Eskayvie bagi membantu ibu bapa untuk memberi perlindungan terbaik bagi kanak-kanak di musim pandemik ketika ini.
Pengenalan Produk Diffenz Junior oleh Dr. Syid
"Dalam keadaan sekarang, sistem imun yang baik adalah sangat penting dan Eskayvie sentiasa berusaha memberikan sokongan diperlukan untuk setiap peringkat umur,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al Qudri.
Walaupun Malaysia telah mencapai status vaksinasi lengkap sebanyak 94.6 peratus bagi individu dewasa, anak-anak di bawah usia 12 tahun masih belum mendapat perlindungan sepenuhnya dan mereka ini berisiko serta sangat terdedah kepada jangkitan kuman dan virus. Diffenz Junior melengkapi keperluan itu.
Eksyavie juga sangat memahami kerisauan ibu bapa tentang keselamatan anak-anak di bawah usia 12 tahun yang masih belum mendapat suntikan vaksin ini.
"Tabiat pemakanan yang tidak seimbang selain kurang melakukan aktiviti riadah di luar rumah disebabkan pandemik, menyebabkan mereka cenderung mengalami sistem imun yang lemah," katanya lagi.
Kekal Sihat Dan Bertenaga Dengan Diffenz Junior
Diffenz Junior dirumus secara saintifik menggabungkan bahan utama iaitu Cendawan Susu Harimau, Buah Camu-camu, Kolostrum, Multivitamin, Vitamin C dan Vitamin D. Gabungan ramuan kaya antioksidan, vitamin dan flavonoid semulajadi ini mampu memberi perlindungan terbaik kepada kanak-kanak.
Tablet kunyahan perisa oren yang enak ini bukan saja untuk menyokong sistem imun, malah turut membantu tumbesaran anak dan seterusnya menjadikan mereka kekal sihat dan bertenaga sepanjang hari.
Anak-anak pasti suka rasa Diffenz Junior ni.
Untuk pengetahuan korang juga, Cendawan Susu Harimau ni memang bagus untuk tingkatkan sistem imun badan dan susah nak dapat bahan ni. Harganya pula mencecah ribuan ringgit. Jadi memang bagus kerana ada dalam Diffenz Junior ni.
Pada majlis itu juga, Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed memberitahu bahawa pelbagai aktiviti pemasaran dan jualan telah dirangka sepanjang Oktober dan November ini.
"Ia untuk memberi kesedaran kepada pentingnya penjagaan sistem imun untuk seisi keluarga terutamanya kanak-kanak.
“Selaras dengan visi Memperkasakan Kesihatan dan Ekonomi Ummah, Eskayvie mensasarkan jualan sebanyak RM300 juta pada tahun 2022. Eskayvie sangat jelas dengan misi untuk membantu lebih 50,000 usahawan Eskayvie Nexus di seluruh Malaysia pada 2022 bagi mencapai matlamat kewangan yang lebih baik,” katanya.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran duta Eskayvie, Datuk Aznil Nawawi.
Cara Nak Dapatkan Diffenz Junior
Aku memang syorkan korang dapatkan Diffenz Junior ni sebagai persediaan untuk perlindungan untuk anak-anak. Ini usaha dan ikhtiar kita sebagai ibu bapa untuk memberikan perlindungan yang terbaik untuk anak-anak agar mereka dapat sistem imun yang tinggi serta tidak mudah terdedah kepada jangkitan kuman dan virus.
Jadilah ibu bapa yang prihatian kepada perlindungan anak-anak dan berikan yang terbaik untuk mereka kerana anak-anak ini adalah amanah dan harta yang tiada gantinya.
Kepada yang berminat untuk dapatkan Diffenz Junior ni, korang boleh
layari laman sesawang www.eskayvie.com atau pautan media sosial dibawah.
FB PAGE: Eskayvie Malaysia - https://www.facebook.com/eskayviemalaysia21official
INSTAGRAM: Eskayvie Malaysia - https://www.instagram.com/eskayviemalaysia/