Apa itu LOGOS HOPE PENANG
Kapal Logos HopePenang yang menampilkan Pesta Buku Terapung terbesar di dunia berlabuh di Jetty Swettenham, Georgetown Penang. Menyediakan lebih 5,000 ribu bahan bacaan pelbagai peringkat umur dan genre untuk dibeli dengan harga yang berpatutan.
Kapal Logos Hope ini telah berada di Penang selama sebulan pada 4-24 September yang lalu sebelum ianya belayar ke negara Afrika pula.
Tiket masuk untuk kanak-kanak adalah percuma tetapi dengan ditemani ibubapa.
Tiket dewasa RM1.00
Sebenarnya hari tu ada tanya pada en. hubby..dia cuti ke?Terus dia cakap..ni sure nak pergi naik Kapal Library tu kan...eh eh dia tahu-tahu je apa yang tersirat dihati isterinya tu hehe
Kami dah pergi Kapal Logos Hope ini 2x ok. Kali pertama pergi on Sunday. So uols agak-agak Sunday macam mana?Of courselah crowded. Weols tengok dari jauh je...betapa beratur punya panjang sampai entrance. Terus cancel. Kali kedua pergi pula on Monday, tutup pulak hahahaha. Sedihhh. Lain kali baca banner.
Then nasib Rabu tu cuti Hari Malaysia. Pukul 10pagi weols terjah. Alhamdulilah orang tidak berapa ada. Dapatlah kami jalan-jalan tengok buku :). Merasalah anak-anak naik kapal besar. Mama diorg yang excited lebih ok
Trick Art was here!!!
Ingat terus masuk kapal, rupanya kena jalan kaki jauh jugak baru jumpa kapal hehe..peluh-peluh gak mama el hahaha
Ok dah boleh masuk kapal fuhhh
Masuk-masuk punyalah ramai rakyat jelata..hahaha
Anak-anak memang seronoklah siap sorang satu bakul nak ambil buku
Mama dah panik tengok harga pun boleh tahan..kalau seorang dah RM100
4 orang dah berapa..hahaha so anak-anak kita beli buku kat tesco je lah ye hehehe
Kecil saje bilik krew kapal
Kakak!!...mama x kasi beli..kita baca je lah atas lantai ye
Kami tidak lama dalam kapal tu..ramai sungguh rakyat..so lepak kejap kat playsite ni
Puteri-puteri beta yang sporting
Wall art tu mengisahkan satu cerita..kalau pergi dalam kumpulan ada crew kapal akan ceritakan pada anda
Ok ok kapten-kapten jom kita balik..next destinasi ke mana ye?
Kapten kecil ni pun nak tumpang glamour hehe
nota noti: haiii hari itu memang hari yang memenatkan..naik kapal pun penat hahaha