Quantcast
Channel: El-DARWENA - A LIFESTYLE BLOGGER
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1023

RESEPI LAKSA NOXXA

$
0
0
RESEPI LAKSA NOXXA

Assalamualaikum wbt semua dan selamat sejahtera
Dah hampir 5 tahun iols memiliki periuk noxxa ni
Memang berbaloi lah beli..dulu2 harga pun RM500+ skrg dengar kata dah RM700 belum gst lagi
En. shumilah belikan tuk iols hehe

Paling best periuk ajaib ni bila masak daging dan tulang..mmg superbbb lembut baq hang
Bukan setakat masak tumis rebus steam..malah kek, pizza, dodol dan macam2 masakan pun boleh.

Iols ni memang dah lama nak masak laksa pakai noxxa ni
Kawan2 iols yg geng2 noxxa ni semua dah try. Katanya senang yang amat sbb ikan tu ngan tulang2 lembut hancurr ok.

So semalam ntah cam maner roh laksa timbul plak..pepagi dah rajin menapak kat tesco beli barang2...last2 singgah market kat area rumah gak beli daun senohom tu hehe

Bila 1st trial ni mmg takut2..tapi alhamdulilah tak sangka plak best masak laksa ngan periuk noxxa ni
ngan tulang hancur lebur..tak yah dah perisi ikan tulang bagai

Bahan2:

laksa tu uols basuh2lah dulu. Tak payah rendam Terus masuk dlm periuk tekan hp 15minit. Air pulak biar Laksa tu tenggelam ye. Dah 15minit laksa dah lembutt oiii.



Kuah:

Ikan sardin dibersihkan buang kepala dan ekor. Masukkan ke dlm periuk bersama cabai kering dan asam keping. Air biar bagi ikan tu tenggelam. Hp 60 minit. Selepas 60 minit. Keluarkan semua. Blend ikan dan cabai kering sahaja.  Memang hancur lumat tau. Pas2 masukkan balik bahan yg diblend tadi dalam periuk+asam keping tadi+bawang besar blend+belacan+daun senohom+bunga kantan+lengkuas 2inci. Tambah sendikit air. Kalau nak pedas lagi tambah lah cili ye. Masukkan garam dan perasa. Siap.



Kuah memang pekat..biji cabai pun xdak ok. Memang menyenangkan banyak lah periuk noxxa ni hehe

Yang ada periuk noxxa tu selamat mencuba!!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1023

Latest Images

Trending Articles