Resepi Doh Roti Canai Mudah Lembut dan Garing.
Assalamualaikum semua. Salam sayang semua yang masih lagi membaca blog El.
Aduhhhaiii gila lama tak update blog El ni..musim PKP, Blog pun terpaksalah PKP jugak haha
Sejak musim PKP ni duduk di rumah ada saja nak mencuba segala masakan viral. Tengok dalam facebook tak habis2 kengkawan mencuba pelbagai resepi. Teruja melihatnya.
Actually sebelum ini El dah cuba buat roti canai. Tapi malangnya tak jadi. Roti canai tak boleh tebar dan jadi keras. Akhirnya masuklah dalam tong sampah huhu.
ROTI CANAI WITH SAMBAL IKAN BILIS
So baru-baru ini akhirnya El dah tau doh roti canai yg betul2 jadi lembut dan garing. Seronok bukan main. Tak payahlah nak keluar beli roti canai dah. Jimat satu hal. Kesempatan tu, El terus buat stok roti canai dan kuah dhal frozen nti sng nk mkn..jangan lupa sambal tumis dan kuah daging masak hitam. Kasi taruh kuah banjir fuhhh nikmat
Jangan hangpa tak tau no, El memang tau tebar roti canai tauuu..sebab dulu duk tolong arwah aboh jual roti canai. Ingat lagi arwah aboh nak niaga roti canai. Dia belajar tebar roti canai tu dengan ambil kain-kain nak dibasuh tu di buat macam doh roti canai. Pelan-pelan tebar kain basahan tu. Dedulu arwah aboh basuh baju kami dengan tangan. Duk membasuh tu, arwah abah trylah menebar baju-baju tu hihi. Lama-lama jadilah. Al-fatihah tuk arwah aboh.
Oh di sini El share resepi roti canai. Resepi ini boleh dapat dalam 20-22 biji (1kg gandum)
Bahan-bahan:
-1kg Tepung Gandum
-2sudu marjerin/butter (dicairkan)
-2sudu susu pekat manis
-1biji telur
-500ml air -garam secukup rasa.
Caranya:
Ambil mangkuk/besen/periuk besar. Masukkan air dulu. Tambah garam. Kacau sebati. Tambah telur. Kacau lagi. Tambah susu pekat. Kacau lagi. Tambah marjerin. Kacau lagi. Last tambah tepung sikit2.
Adunan roti canai tak perlu diuli sekuat tenaga, cukup sekadar meratakan tepung sehingga tiada ketulan
rehat 15min dan uli lag. Rehat 15min uli lg. Lepas tu bulat2kan kecil2 dengan marjerin dan peraplah berapa lama korang nak..sis perap agak2 5 jam kut cantik bila tebaq..
ROTI CANAI WITH SAMBAL DAGING MASAK HITAM
SELAMAT MENCUBAAA