River Cruise menyusuri Sungai Perak di Kuala Kangsar - Salah satu aktiviti menarik di Kuala kangsar ialah menaiki bot menyusuri Sungai Perak. Pengunjung akan dapat melihat pemandangan menarik di tebing sungai dalam perjalanan selama 30 minit.
Bermula dari Jeti Bot Penambang, anda akan dibawa ke Jambatan Sultan Abdul Jalil dan kemudian patah balik ke Jeti Padang Kawad.
Sepanjang perjalanan korang boleh nampak Masjid Ubudiah dan Istana Iskandariah dan juga rumah hantu kak limah hahaha
Dulu kami kecil selalulah pergi belah seberang sana (sayong). Dulu ada sampan jer haha. Saja bawa budak2 ni naik bot..dah terperap dalam rumah lama sangat ekeke
Adult RM9.00
Kids RM5.00
Setiap hari dari jam 11pg-6ptg
Kami ada buat video sepanjang naik bot. Korang boleh tonton video ni dan jangan lupa subscribe sekali ok (support sikit).