Quantcast
Channel: El-DARWENA - A LIFESTYLE BLOGGER
Viewing all 1023 articles
Browse latest View live

GA GILER GEMPAK GA 1st Year Blog Anniversary | aryshafayyadh.blogspot.com

$
0
0
KOOL..GILER GEMPAK 
 
30 PEMENANG DICARI
 
ADAKAH ANDA SALAH SEORANG?
 
(dengan kerjasama para PENAJA dari GROUP #bloggerutara)
 

klik banner di bawah untuk maklumat syarat/hadiah dan join
 
http://aryshafayyadh.blogspot.com/2015/08/ga-1st-year-blog-anniversary.html#comment-form
 
iols salah seorg penaja hehe
All the best uols

KELAS BROWNIES

$
0
0
dari dulu teringin nak join kelas2 baking..kelas2 masakan ni
cari punya cari nasib ada kat penang ni ha
 
alhamdulilah tahun ni ada rezeki nak ikut kelas2 baking dan kelas memasak
mmg interest tu ke arah sn
nasib timing kelas tu pun ok
mintak tulun en. asben jaga anak2 hehe
asben pun beri moral support tuk attend kelas2 cam ni
manalah tau one day boleh jdkan our extra income 

13/8 ritu dpt join kelas brownies ni kat gelugor..teruja siut haha
teruja smpai org pertama smpai yeaaaaaa 



our group (kami group pertama siap baking ekeke)

 

marble cheese brownies

 

brownies coklat cheese


 
 

Ok dalam kelas tu weols diajar membuat 4 jenis brownies
Brownies marble cheese
Brownies coklat cheese
Brownies oreo
Brownies salted karamel

untuk dapatkan brownies yg sedap kena guna butter yang paling bagusdan tentulah mahal ekekeke

Mmg best kelas ni..happening..cikgu pun best

Nanti iols open order ok
Promosi tuk hari raya haji nti weeeeee :)

COOL GHOST MUSEUM PENANG TEMPAT MENARIK DI PENANG

$
0
0
COOL GHOST MUSEUM PENANG
ha apakah itu?
suatu lagi TEMPAT YANG MENARIK DI PENANG yang bakal menjadi tarikan pelancong datang ke Penang


Kali terakhir saya pergi ke rumah hantu GHOST HOUSE adalah di Pesta Pulau Pinang..masa itu saya masih bersekolah. Pergi bercuti dengan keluarga. Saya serik untuk masuk ke rumah hantu GHOST HOUSE selepas itu kerana ketika hendak masuk ke pintu masuk rumah hantu tersebut, tiba-tiba sahaja HANTU terjah saya. Saya terkejut ketakutan dan sepanjang perjalanan dalam rumah hantu GHOST HOUSE tersebut saya hanya mampu tutup mata ekekeke. Ikutkan bagilah masa saya warming up dulu kan hahaha


So, Sabtu ini geng #bloggerutara akan terjah GHOST MUSEUMPENANG ini

Jom!!!jika anda seorang yang berani jom cabar diri sendiri untuk merasai sendiri keseraman di Cool Ghost Museum Penang ini

Tunggu gambar dan cerita-cerita kami semua untuk tatapan anda semua

Walaupun disebut cool namun tidak semestinya ianya sesuatu yang biasa-biasa atau 'fun'
Tempat gelap pun kita takut inikan Ghost Museum kan yang PASTI ianya akan membuat malam anda tidur tak lena...fuhh...saya pun dah mula seram ni ekekekeke


alamakkk scary lah pulak..anda berani???


Ghost Museum Penangterletak di 57, Lebuh Melayu, 10300 Pulau Pinang. Dibuka Isnin hingga Jumaat 10am - 7pm, Sabtu, Ahad dan cuti umum 10am - 9pm.




COOL GHOST MUSEUM PENANG | GHOST MUSEUM TEMPAT BEST DI PENANG

$
0
0
Cool Ghost Museum Penangtempat menarik di Penang memang wajib singgah.
Selain Penang War Museum yang dikatakan seram dan 'keras' boleh klik SINI
dan SINI 

Cool Ghost MuseumPenang ini akan membawa anda mengenali hantu-hantu dan sejarah kewujudan mereka. Rumah hantu ini bukannya rumah hantu yang ada di funfair, tetapi ianya lebih menceritakan latarbelakang sejarah jelmaan hantu-hantu tersebut.

Ghost Museum Penang  ini telah digemparkan oleh kedatangan geng-geng dari #bloggerutara

Walaupun keseraman itu menghantui kami semua tetapi keinginan untuk mengetahui apakah menarik di sebalik Ghost Museum ini terjawab sudah.

Alhamdulilah pada hari Sabtu yang lepas 12/9/15 kami semua geng-geng #bloggerutara berkumpul dan telah merasai keseraman dan keseronokan di Cool Ghost Museum Penang ini.

Memang happening. Memang gempar. Memang kecoh dibuatnya hehehe.
 I
Anda percaya pada Hantu?Terpulang pada anda
Di Cool Ghost Museum Penang ini akan merungkai sejarah hantu-hantu ini pada anda.
Jom kita layan gambar-gambar di Cool Ghost Museum Penang


Tahukah anda hantu apakah ini? 
Inilah langsuir 


Ibu yang mati bersalin menjadi langsuir..adakah benar?
Datang sendiri ke Cool Ghost Museum ini untuk mengetahui kisahnya


ok ok saya orang pertama sampai di Cool Ghost MuseumPenang muka teruja tapi dalam hati siapa yang tahu. Peace dulu yawll!!haha



 Entrance. Encik Rizal selaku hantu guide kami hehehe. Dia akan guide kami dan akan  menceritakan kisah-kisah dan latarbelakang hantu-hantu itu. Akan kami rindu suara manja anda weeeee


Sebelum jumpa the hantu-hantu, kita berselfie dulu ye 


agak2 korang ni hantu ape?
ini adalah orang minyak?yg suka ngan anak2 dara tu sib baik iols dah mak dara ekeke
tapi seriau jugak wooooo huhu 
kredit foto cp






Area zaman firaun dan cleopatra. Macam seronok je. Kan ini museum bukan rumah hantu ok


Huarrghhhhhh..toyollll 
kredit foto dari murni

Hantu Jamban?
Eeeeee warna coklat lak tu..yackssss haha
kredit foto dari murni 


 Kecemasan???Anda berani masuk??


Ni hantu ape ye?
Ok jom kita layan gambar patung hantu-hantu di Ghost Museum ini


Hantu air dan mumia


Hantu cina. Hantu lompat-lompat. Dulu masa saya kecil2 selalu tengok cerita ghost cina yang lompat tu hehe
Sekali tampal kertas kat dahi terus keras kan :) 

 

rindu pulak dengan si drakula hensem ni

 

 

ok lunch for today hehehe
yang ini pulak area Hantu Drakula


Hantu pisang dan hantu jepun



Hantu penanggal  yang belakang tu bukan yg depan ye


Tolonggggg!!!!!


Ghost Museum ini terletak di 57, Lebuh Melayu, 10300 Penang. Dibuka Isnin - Jumaat 10am - 7pm.
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum 10am-9pm


Harga tiket pula seperti gambar di atas


Tengoklah muka keseronokan kami hehehe

Apa tunggu lagi. Cuti sekolah pun dah bermula. Jadikan Ghost Museum Penang ini sebagai salah satu lokasi percutian anda :)

Special thanks to #ghostmuseumpenang for the invitation.
Tidak lupa juga pada farah (baju hijau) menguruskan aktiviti kami ke sini


Salam perkenalan pada geng2 #bloggerutara yang awesome :)
arz,cp, nina, sha, murni, farah dan zaf

DESTINASI TUDUNG ONLINE BOUTIQUE | TUDUNG DI ZALORA

$
0
0


Destinasi Tudung Online Boutique

http://bm.zalora.com.my/women/pakaian-tradisional/hijab/

Adakah anda mengalami masalah untuk mencari tudung yang sesuai?

Jangan khuatir masalah anda akan dapat diselesaikan dengan cepat!!

OK, sejak akhir-akhir ini terdapat banyak jenama online yang muncul di pasaran seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. Masing-masing berlumba-lumba dalam menawarkan koleksi pakaian yang terbaik kepada para pembeli. Ekoran daripada permintaan koleksi pakaian Muslimah yang semakin meningkat naik, kini semakin banyak jenama online yang juga menawarkan koleksi pakaian Muslimah khusus untuk wanita-wanita berhijab. 

Salah satu ‘hot item’ yang paling mendapat perhatian kedua-dua pihak, penjual mahu pun pembeli adalah koleksi tudung. Nama-nama jenama tudung seperti Galeri Ariani, Naelofar Hijab dan Sugarscarf merupakan jenama-jenama tudung yang cukup terkenal dengan koleksi tudung terkini. 

Tahukah anda apakah destinasi tudung online boutiqueyang paling mudah untuk anda miliki kesemua koleksi tudung daripada jenama-jenama berikut?

http://bm.zalora.com.my/women/pakaian-tradisional/hijab/

Apalagi kalau bukan ZALORA Malaysia! Yes, di ZALORA kesemua jenama ini dihimpunkan di bawah satu website dimana anda boleh membuat pembelian secara online dengan begitu mudah. 

Hanya buka laman web rasmi ZALORAdan tujukan tetikus anda kebahagian pakaian Muslimah dan seterusnya kebahagian tudung untuk menemui barisan pilihan tudung online terkini. Temui jenama-jenama tudung yang hebat seperti Jelitasara, Cloverush, NurKasih dan banyak lagi dalam tawaran harga yang cukup hebat!

http://bm.zalora.com.my/women/pakaian-tradisional/hijab/
 
Miliki tudung online anda di ZALORA dan nikmati perkhidmatan penghantaran percuma terus ke rumah anda tanpa perlu bersesak di lalulintas. Anda juga boleh memulangkan semula tudung tersebut dalam tempoh 30 hari selepas tarikh pembelian secara percuma.

Jom 'shopping'tudung di ZALORA. Anda hanya perlu klik pada gambar-gambar di atas untuk melihat pelbagai koleksi tudung di website ZALORA.
Jadikan ZALORA web rasmi tudung anda. 

Happy Shopping :)

AIDILADHA 2015 DI KUALA LUMPUR

$
0
0
Tahun ini Aidiladha 2015 kami semua menyambut di Kuala Lumpur (rumah adik)
Dah bosan beraya di Penang dan Kuala Kangsar hehe
Lagipun minggu lepas cuti sekolah..bolehlah bawa anak-anak bercuti
Walaupun tidak cukup seorang adik yang kini berada di luar negara mengikut suami bekerja di Canada, tetapi kami semua tetap gembira 

Selepas solat raya terus berhari raya di rumah mertua adik di Ampang.
Hidangan lontong singapore menjadi menu utama
Iols bawa ketupas kacang daun palas dan brownies fly from Penang tau hehe 
Baju raya kami pakai baju raya puasa yang lepas
Kali ni baru dapat bergambar ramai hehe



Baju coklat tu kakak ipar tersayang


Adik tersayang

  
Dengan mak tersayang :)

  
Dua beradik ni pergi kemana-mana sure ingat kembar 

 
 

 
  Kasi can weols berselpiaq pulak hehe


Yeayyy ada juga gambar 1 family..lepas gian masa raya puasa yang lepas tiada gambar 


Banyak cerita nak bercerita..insyallah ada masa nanti laju-laju update harap-haraplah :)
 

3D ART STREET PENANG | LEBUH ARMENIAN | TEMPAT BEST DI PENANG

$
0
0
TEMPAT BEST DI PENANG 
LEBUH ARMENIAN, GEORGE TOWN PENANG

Sekarang ini banyak tempat dah mula ada 3D Art Street
3D Art Street Penang ni terletak di Lebuh Armenian, Lebuh Cannon, Lebuh Pantai,Lebuh Acheh dan Lebuh Melayu

Sebenarnya kami plan hendak pergi ke LOGOS HOPE (open library dalam kapal)
tapi sayangnya hari tu tutup pulak..anak-anak sedih tak dapat pergi so
Bisik-bisik dekat hubby jomlah jalan-jalan dekat 3D Art Street tu
Asben pun no feedback tapi tengok-tengok sudah parking tepi ekeke

Kami tidak pergi melihat kesemua 3D Art Street Penang, mana yang sempat..
mana yang dekat je
Bawa anak-anak ni..diorg banyak songeh..penatlah..jom baliklah..mama lapar..mama dahaga..mama nak itu..mama nak ini..mama nak berak..mama nak buang adoiiii lama-lama..mama pun migrain hehe 

Selain 3D Art Street, banyak bangunan lama yang boleh dijumpai di situ
Pelbagai kedai cenderamata boleh didapati

  
Buku-buku lama dan barang-barang lama boleh dilihat dijual ditepi-tepi jalan, anda rasa penat berjalan boleh je sewa basikal di situ. Pelbagai bentuk basikal yang boleh anda cuba :)


3D Art Street Penang ini memang menjadi tumpuan orang ramai.

 

Pelbagai bentuk kedai dan dekorasi yang boleh anda lihat 


Dulu masa sekolah rendah, time balik tunggu bas selalu order aiskepal ni  kat tepi luar pagar sekolah. Pakcik jual tu jual 0.20 sen..skrg RM3.00 tau haha


 

Jumpa wak doyok hari tu..haha


Di situ pun ada muzium 


Muzium barang-barang vintage..nampak x ada motor tergantung dalam tu 
 

Kedai-kedai cenderamata memang berlambak

 

Lorong-lorong 3D Art Street


Mek kecik mengamuk nak aiskepal..layan je lah mek tu haha


Masjid Melayu Lebuh Acheh

 

Jomlah kita balik..esok nak p LOGOS HOPE plak :)


 nota noti: ada banyak gambar..tapi malas nak edit ekeke

KAPAL LOGOS HOPE, PENANG

$
0
0
Apa itu LOGOS HOPE PENANG

Kapal Logos HopePenang yang  menampilkan Pesta Buku Terapung terbesar di dunia berlabuh di Jetty Swettenham, Georgetown Penang. Menyediakan lebih 5,000 ribu bahan bacaan pelbagai peringkat umur dan genre untuk dibeli dengan harga yang berpatutan.

Kapal Logos Hope ini telah berada di Penang selama sebulan pada 4-24 September yang lalu sebelum ianya belayar ke negara Afrika pula.

Tiket masuk untuk kanak-kanak adalah percuma tetapi dengan ditemani ibubapa.
Tiket dewasa RM1.00


Sebenarnya hari tu ada tanya pada en. hubby..dia cuti ke?Terus dia cakap..ni sure nak pergi naik Kapal Library tu kan...eh eh dia tahu-tahu je apa yang tersirat dihati isterinya tu hehe

Kami dah pergi Kapal Logos Hope ini 2x ok. Kali pertama pergi on Sunday. So uols agak-agak Sunday macam mana?Of courselah crowded. Weols tengok dari jauh je...betapa beratur punya panjang sampai entrance. Terus cancel. Kali kedua pergi pula on Monday, tutup pulak hahahaha. Sedihhh. Lain kali baca banner.

Then nasib Rabu tu cuti Hari Malaysia. Pukul 10pagi weols terjah. Alhamdulilah orang tidak berapa ada. Dapatlah kami jalan-jalan tengok buku :). Merasalah anak-anak naik kapal besar. Mama diorg yang excited lebih ok 


Trick Art was here!!!


Ingat terus masuk kapal, rupanya kena jalan kaki jauh jugak baru jumpa kapal hehe..peluh-peluh gak mama el hahaha
 

 Ok dah boleh masuk kapal fuhhh


Masuk-masuk punyalah ramai rakyat jelata..hahaha
Anak-anak memang seronoklah siap sorang satu bakul nak ambil buku
Mama dah panik tengok harga pun boleh tahan..kalau seorang dah RM100
4 orang dah berapa..hahaha so anak-anak kita beli buku kat tesco je lah ye hehehe
Nasib anak-anak memahami :) 
 
Kecil saje bilik krew kapal 


Kakak!!...mama x kasi beli..kita baca je lah atas lantai ye 


 Kami tidak lama dalam kapal tu..ramai sungguh rakyat..so lepak kejap kat playsite ni


Layan kejap puteri-puteri beta :) 

 
Puteri-puteri beta yang sporting

 Wall art tu mengisahkan satu cerita..kalau pergi dalam kumpulan ada crew kapal akan ceritakan pada anda



 

Ok ok kapten-kapten jom kita balik..next destinasi ke mana ye?


Kapten kecil ni pun nak tumpang glamour hehe



nota noti: haiii hari itu memang hari yang memenatkan..naik kapal pun penat hahaha

Juara Akademi Fantasia 2015 | Juara AF2015

$
0
0
Juara Akademi Fantasia 2015 dimenangi oleh Sufi atau nama sebenar Mohammad Sufie Rashid yang berasal dari negara Singapura.

Konsert terakhir Akademi Fantasia 2015 telahpun berlangsung di Audotorium MBSA pada malam tadi 9 malam 11 Oktober 2015.

Persembahan Sufi yang mantap dan memukau para penonton telah melayakkan beliau memenangi dan menjadi Juara Akademi Fantasia 2015 dan berjaya membawa pulang hadiah RM50000, pakej percutian ke Dubai beserta trofi.


Tempat kedua dimenangi oleh Syamel atau Syamel Aqmal Mohd Fodzly. Beliau berjaya membawa wang tunai RM30000, pakej percutian ke Dubai dan trofi.

Beliau membawa lagu berjudul "Sampai Mati" dari Hazama dan lagu keduanya "Hidup Dalam Mati" ciptaan olehnya sendiri.


Pemenang ketiga dimenangi oleh Bila atau Nurnajmi Nabila Samsaidi. Beliau juga berjaya membawa pulang wang tunai RM20000, pakej percutian ke Dubai dan trofi.

Beliau tadi mempersembahkan lagu nyanyian Faizal Tahir "Karma" dan lagu kedua ciptaan Edry KRU "Diam Saja".


Pemenang yang keempat ialah Shahrul atau Muhammad Shahrul Amin yang berasal dari Negeri Sembilan. Beliau turut berjaya membawa pulang wang tunai RM10000, pakej percutian ke Dubai dan trofi.



Terima kasih juga kepada juri jemputan Dato Ramli MS, Dato Aznil, Dato AC Mizal dan Kak Ogy.
  
Tahniah dan syabas kepada semua pemenang.


 

SUNGAI SEDIM TEMPAT MENARIK DI KEDAH | TEMPAT MANDI MANDA DI KEDAH

$
0
0
Sungai Sedim, Kulim, Kedah
Antara tempat mandi manda, berkelah, berkhemah dan melakukan aktiviti lasak seperti water rafting dan sebagainya

Selepas pergi tengok Pesta Buku Terapung di Kapal Logos Hope SINI
En. hubby pula ajak pergi mandi sungai. Ajak pergi Taman Rimba, tak nak pula. Situ kalau dah tenghari memang ramai. En. hubby pula tergesa-gesa macam tak mandi setahun terkinja-kinja nak mandi sungai. So, kami pun balik semula ke rumah untuk mengambil baju mandi dan pakaian yang lain. Ingatkan sempatlah masak untuk dibawa bekal. Ermmm mek kecik tu tak boleh duduk senyap. Melekat dengan mama dia jer.

Agak jauh kedalam juga untuk pergi ke Sungai Sedim. Banyak laluan perkampungan. Kadang-kadang sunyi sahaja jalan bertentangan. Rasa nak patah balik pun ada. Teringat kami pergi ke Mersing..perghhhhh memang dasyat sungguh perjalanan ke Mersing. Tidak akan ku jejak kaki ke sana lagi hahaha. 

Banyak lokasi untuk aktiviti mandi manda di Sungai Sedim ini. Tidak silap el ada 3 tempat. So el pergi mana yang nampak orang je. Hehehe

Sungai Sedim memang besar dan air sungainya sangatlah deras. Anak-anak el hanya mandi di tepi-tepi sungai sahaja. Risau untuk benarkan mereka mandi di tengah-tengah. Ada 1 keluarga asyik sangat mandi, sampai ralit anaknya dibawa arus. Mujur dekat-dekat sahaja anaknya mandi. Jika bawa kanak-kanak, perlu diawasi oleh ibubapa/orang dewasa.


Sungai Sedim cantik dan besar. Tetapi awas air sungainya deras. 

  

 
 
 

Di situ juga disediakan bilik air dan bilik persalinan. Tempat letak kereta pun senang.

Anak-anak dah kelaparan. Hunting for food pula.

Kami singgah makan salah satu kedai Mee Udang di Seberang Jaya. Lupa pula nama kedai tu tapi kedai Mee Udang itu seberang jalan dengan Char Kuey Tiaw Telur Dibasuh :)


Mee Udang


Nasi Goreng Udang



nota-noti : hujung minggu yang awesome. yang penting anak-anak enjoyyyy :)
 

WW FAMTRIP AND FUNRIDE WITH PENANG HOP ON HOP OFF

$
0
0


  
 Nantikan Pengembaraan kami #bloggerutara dengan PENANG HOP ON HOP OFF (Penang HOHO)
The Original Double Decker Tour of Penang

Kami akan meneroka Pulau Pinang dengan Penang HOHO yang meliputi dua laluan, pantai dan bandar, terdapat 33 perhentian dan lebih 50 destinasi yang menarik.

Tunggu review FAMTRIP & FUNRIDE dengan PENANG HOP ON HOP OFF daripada kami nanti OK!


#taksabarnya #akuteruja

PROMOSI TIKET RM5 PENANG HOP ON HOP OFF | PENANG HOHO BUS

$
0
0
  
Perkhidmatan PENANG HOP ON HOP OFF | PENANG HOHO beroperasi setiap hari pada 20 hingga 30 minit jadual perkhidmatan antara jam 9.00 pagi sehingga 08:00Perkhidmatan PENANG HOP ON HOP OFF | PENANG HOHO meliputi dua laluan bulatan yang ROUTE CITY dan BEACH ROUTE yang membolehkan pelancong untuk memulakan lawatan dan berakhir di lokasi yang sama. Maklumat dan tiket kaunter yang akan menjadi link antara antara Route Bandar dan Pantai Route akan berada di GURNEY DRIVE (STOP 9) dan Pasar Chowrasta (STOP 1). Sepanjang laluan itu, terdapat lebih daripada 60 tarikan di mana pelancong boleh naik ke atau naik-turun di mana-mana daripada 33 perhentian yang ditetapkan. 

Anda boleh mendapatkan Khidmat Pelanggan Booth di GURNEY DRIVE (STOP 9) dan Pasar Chowrasta (STOP 1) atau talian di 1-800-88-5546.

 Akan ada 10 buah bas sedia ada di Pulau Pinang dan 5 masing-masing akan menampung Route Bandar dan Pantai Route. Setiap bas direka bahagian unik separuh terbuka dengan kapasiti 60 penumpang yang duduk di mana 27 penumpang akan mengalami rasa yang luar di atas bas. Dek terbuka adalah kegemaran bagi pelancong sebagai pelancong boleh merasa dan melihat pulau itu lebih baik supaya ia akan pada siapa cepat dia dapat mengatur duduk.

 
Akan ada seorang pemandu dibantu oleh pembantu pelancongan di dalam bas dan pelancong akan diberikan sebuah buku panduan pelancongan panduan bandar. Buku panduan pelancongan atau pendek "TGB" telah semata-mata dibuat untuk perkhidmatan Pulau Pinang Hop On Hop Off 

HARGA TIKET PENANG HOP ON HOP OFF 

 

 SEKARANG ADA PROMOSI MYKAD RM5 
 
 

TERMA & SYARAT PENYERTAAN :

  • Tawaran ini sah dari 1hb September 2015 hingga 30hb November 2015 dan terbuka kepada semua pemegang MyKAD SAHAJA.
  • Tarikh sah tiket adalah sehingga hari AHAD pada SETIAP MINGGU.
  • Peserta promosi dibenarkan mendaftar lebih dari sekali. Walau bagaimanapun, maksima hanya 200 pendaftaran dibuka sehari iaitu ‘First Come First Serve Basis’.
  • Harga promosi hanya layak untuk pendaftaran secara atas talian‘onlineʼ SAHAJA dan hanya SAH ditebus kepada alamat email yang digunakan semasa permohonan.
  • TIADA BAYARAN dikenakan pada kanak-kanak dibawah umur 5 tahun.

PERINGATAN

Para peserta dinasihatkan mendaftar awal secara atas talian terlebih dahulu, dapatkan email pengesahan pendaftaran dan mencetak salinan pengesahan email tadi sebelum menaiki bas PENANG Hop On Hop Off dan KL Hop On Hop Off.


Anda boleh mengisi borang dengan klik link dibawah ini
BORANG PROMOSI TIKET RM5

Anda boleh layari website Penang Hop On Hop Off di SINI
   

 

BR1M 2016 NAIK

$
0
0
BR1M 2016 NAIK

 

Menyedari kesusahan rakyat terutama golongan yang berpendapatan rendah dan serdehana, kerajaan komited membantu dengan menyediakan bantuan kewangan BR1M (bantuan rakyat 1malaysia) tahun 2016

Perdana Menteri hari ini semasa pembentangan bajet 2016 telah mengumumkan berita baik kepada semua penerima BR1M. BR1M yang bakal membuka permohonannya telah diperbaharui dengan jumlah yang lebih tinggi.

KADAR BAYARAN BR1M MENGIKUT PENDAPATAN ISIRUMAH

Kerajaan menaikkan bayaran BR1M dari RM950 kepada RM1000 untuk kategori keluarga yang berpendapatan bulanan RM3000 dan ke bawah. 

Kategori yang berpendapatan sederhana RM3001 sehingga RM4000 sebulan menerima lonjakkan penambahan yang tertinggi iaitu dari RM450 ke RM800. 

KADAR BAYARAN BR1M KATEGORI BUJANG

Manakala BR1M untuk bujang 2016 diteruskan dengan peningkatan RM50, iaitu RM400 seorang kepada orang muda yang berumur 21 dan ke atas, yang berpendapatan tidak melebihi  RM2000 sebulan. 

KADAR BAYARAN INSURANS TAKAFUL
 
“Sementara itu, kerajaan menggantikan insurans takaful berkelompok (i-BR1M) dengan Skim Khairat Kematian bagi melayakkan waris penerima BR1M menerima RM1,000 sekiranya berlaku kematian,” kata laporan bajet 2016 


Selain kategori di atas, kerajaan menambahkan lagi satu kategori baru tahun depan. Kategori ini memerlukan nama pemohon berada dalam senarai e-kasih. Mereka ini yang berpendapatan kurang daripada RM1000 sebulan akan diberi bantuan BR1M setinggi RM1050. 

Peruntukan wang sebanyak RM5.9 billion bakal untuk BR1M. Perdana Menteri berharap penerima berterima kasih meskipun ramai yang tidak setuju bantuan rakyat 1malaysia diteruskan tahun depan. 

“‎Saya tahu ada pihak yang mengatakan bahawa BR1M tidak harus diteruskan, namun melalui maklum balas yang diterima, ramai lagi yang sangat bersyukur dan berterima kasih atas keprihatinan kerajaan” – Najib Razak 

Setakat bulan Ogos tahun ini, BR1M telah memberi bantuan terhadap 4.7 million isi rumah and 2.7 million individu. 

Berhubung dengan cara pembayaran BR1M 2016, maklumat yang muktamad masih tidak jelas. Namun kemungkinan besar BR1M 2016 akan dibayar 3 kali setahun seperti yang telah dilaksanakan tahun 2015. Sekiranya perlaksanaan ditetapkan sebegitu, dipercayai 


KEMASKINI DAN PERMOHONAN BR1M 2016 akan dibuka pada hujung tahun iaitu bulan Disember nanti.

sumber 

TEASER : PENANG TOUR WITH PENANG HOP ON HOP OFF AWESOME TRIP

$
0
0

  
We had a GREAT TIME and AWESOME RIDE with PENANG HOP ON HOP OFF 
The Original Double Decker in Penang last Sunday.

Stay tune for the next story about our ride with PENANG HOP ON HOP OFF
when???just around the corner ok 

And watch out!!!!we have a SURPRISE to all our followers and readers out there!!
Keep Calm and Stay Tune





TRANSFORMERS GEGAR PULAU PINANG

$
0
0
Transformers!!!
Memang fanatik dengan Transformers

Sampai menitik air mataku ketika melihat Optimus Prime mati kena tikam dengan decepticon dalam 'The Fallen" huhu..menjiwai sungguhkan 

Bulan September yang lepas di Pulau Pinang ada satu pameran Transformers Art Street di Padang KotaRamai kawan-kawan sudah terjah. Tapi diriku belum lagi. Yang pelik anak-anak dan en. suami dah terjah awal-awal. Hah..ini tidak adil...tidak adil (layan lagu yuna jap huhu.

Nasib di penghujung September sempat terjah jumpa kekasih hatiku Optimus Prime weeeeeeeeee...hati dah berbunga-bunga hehe

Pameran Seni Jalanan Transformers yang pertama di Asia ini telah pun bermula pada 19 Julai yang lalu di Padang Kota, Pulau Pinang. Sejumlah RM1.1 juta dibelanjakan untuk program yang julung kali diadakan.


Kekasih hati pengarang jantung :)
















Ok tertunai hajat dihati. Good bye my dear Optimus Prime. Jumpa lagi ye :)




JUARA SUPER SPONTAN ALL STARS 2015 ZIZAN RAZAK

$
0
0
Zizan Razak JUARA SUPER SPONTAN ALL STARS 2015


 Zizan Razak daripada kumpulan Silat Dongibab berjaya merangkul gelaran JUARA SUPER SPONTAN ALL STARS 2015 yang diadakan di Dewan Raja Muda Musa, Selangor. Zizan mengenepikan saingan utama iaitu Johan dan turut membawa pulang hadiah berjumlah RM150,000.


Pelawak kesukaan saya Johan telah mendapat tempat kedua.Berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM75,000. Selain Johan dan juga Zizan sebagai peserta favourite, persaingan pada pentas terakhir rancangan tersebut turut membariskan Achey Bocey (tempat ketiga), Yus Jambu (tempat keempat), Rahim (tempat kelima) dan Tauke (tempat keenam).


Tahniah pada semua!!


WATER BALL DI TAMAN TASIK TITIWANGSA KUALA LUMPUR

$
0
0
WATER BALL DI TAMAN TASIK TITIWANGSA KUALA LUMPUR

Hari Raya Haji yang lepas kami sekeluarga beraya di Kuala Lumpur. Lepas beraya, kami jalan-jalan pusing-pusing Kuala Lumpur. Sekali lalu tepi Taman Tasik Titiwangsa. Singgah sekejap. Tengok-tengok ada mainan Water Ball.  

Tanya si abang nak main ke?Dia tak tanya pun dah siap cakap, mama nak main..nak main. Adik dia Arwen pun nak jugak

Harga untuk 20 minit RM15


So, mula-mula Arwen terkinja-kinja nak masuk dalam water ball. Sekali dia dah masuk, petugas sudah mula mengepam angin terus Arwen menjerit dan menangis suruh buka water ball tu. Aduhaiiiiii kelakar pula bila ingat balik. Nasib babah temankan abang Ahmad.
 

Abang Ahmad peluk kaki babah. Memang bising bunyi pam itu. Sebab bunyi kuat sangat, Arwen jadi takut. 


Ok ball sudah hampir diisi gas
 

Ha ok ready kena campak dalam tasik
 

Petugas tu tolak water ball ke arah tasik. Kedebuk jatuh hahaha


Berguling, berlari menindihlah dua beranak tu hahaha 

 

 Tak sampai 20 minit, babah suruh petugas tarik bawa naik water ball. Tak tahan duduk lama-lama dalam tu katanya hehe

REVIEW FAM TRIP FUN RIDE WITH PENANG HOP ON HOP OFF BERSAMA BLOGGER UTARA

$
0
0



SERBA SEDIKIT TENTANG PENANG HOP ON HOP OFF

PENANG HOP ON HOP OFF yang bercirikan bas dua tingkat atau dikenali sebagai  'DOUBLE DECKER' akan menjadi satu daya tarikan pelancongan di Pulau Pinang. Pulau Pinang dipilih menjadi negeri kedua selepas Kuala Lumpur kerana mempunyai potensi dan bersesuaian dengan konsep Hop On Hop Off.  
PENANG HOP ON HOP OFF ini dikendalikan Elang Wah Sdn Bhd, syarikat yang diterajui Syed Azhar Syed Nadzir.   PENANG HOP ON HOP OFF telah dilancarkan pada 2014 yang lepas.   

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
 
PERKHIDMATAN PENANG HOP ON HOP OFF

Perkhidmatan PENANG HOP ON HOP OFF PENANG HOHO beroperasi setiap hari pada 20 hingga 30 minit jadual perkhidmatan antara jam 9.00 pagi sehingga 08:00 malam. Perkhidmatan PENANG HOP ON HOP OFF meliputi dua laluan bulatan yang ROUTE CITY dan BEACH ROUTE yang membolehkan pelancong untuk memulakan lawatan dan berakhir di lokasi yang sama. Maklumat dan tiket kaunter yang akan menjadi link antara antara Route Bandar dan Pantai Route akan berada di GURNEY DRIVE (STOP 9) dan Pasar Chowrasta (STOP 1). Sepanjang laluan itu, terdapat lebih daripada 60 tarikan di mana pelancong boleh naik ke atau naik-turun di mana-mana daripada 33 perhentian yang ditetapkan.



PIT STOP STANDARD AND ON DEMAND
Untuk Standard, bas akan berhenti walaupun loceng tidak ditekan atau tiada orang yang menahan untuk menaiki bas itu. Dengan kata lain, pit stop wajib untuk bus berhentilah. 
On Demand pula bas hanya akan berhenti sekiranya ada penumpang yang ingin turun disitu. Penumpang boleh menekan loceng sekiranya ingin turun di pit stop on demand. Bagi penumpang yang ingin menaiki PENANG HOP ON HOP OFF  di pit stop on demand, anda harus menaikkan flag sebagai tanda supaya captain PENANG HOP ON HOP OFF  berhenti. Gambar seperti di bawah




Perkhidmatan PENANG HOP ON HOP OFF | PENANG HOHO beroperasi setiap hari pada 20 hingga 30 minit jadual perkhidmatan antara jam 9.00 pagi sehingga 08:00Perkhidmatan PENANG HOP ON HOP OFF | PENANG HOHO meliputi dua laluan bulatan yang ROUTE CITY dan BEACH ROUTE yang membolehkan pelancong untuk memulakan lawatan dan berakhir di lokasi yang sama. Maklumat dan tiket kaunter yang akan menjadi link antara antara Route Bandar dan Pantai Route akan berada di GURNEY DRIVE (STOP 9) dan Pasar Chowrasta (STOP 1). Sepanjang laluan itu, terdapat lebih daripada 60 tarikan di mana pelancong boleh naik ke atau naik-turun di mana-mana daripada 33 perhentian yang ditetapkan.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

 
REKABENTUK PENANG HOP ON HOP OFF

Berkonsepkan `hop-on-hop-off’, pelancong atau penumpang bas boleh naik dan turun di mana-mana laluan dengan menggunakan tiket yang sama untuk tempoh 24 jam/48jam.

Rekabentuk bas ini direka dengan separuh bumbung supaya pelancong dapat merasai suasana 'outdoor'.



KEMUDAHAN PENANG HOP ON HOP OFF DAN KEPERLUAN HARUS DIBAWA

Kemudahan yang ada seperti flat screen, aircond (berbumbung), catalog, wifi, tempat duduk berbumbung dan "open deck" serta OKU friendly

Pastikan anda mengambil peluang untuk memilih di bahagian 'open deck' untuk merasai dan melihat suasana 'out door'. 

Jangan lupa untuk membawa hat beach, cap, camera, sunblock dan kaca mata ok. 



HARGA TIKET PENANG HOP ON HOP OFF 
(Ada dua tiket: 24 jam dan 48 jam)
Adult:
RM19 (24jam) 
RM32 (48jam)

Kids/Student/OKURM12

Kids below 5 yrs FREE

PROMOSI TIKET RM5 (MYKAD)

CARA BELI TIKET ONLINE
1) isi borang di laman website klik SINI
2) pihak HOHO akan hantar email untuk pengesahan
3) print email tersebut dan bawa bersama ketika anda ingin menaiki bas tersebut
4) serahkan borang tersebut kepada tukang tiket dan bayar RM5
5) Promosi ini akan berakhir pada 30 NOVEMBER, 2015 




FAMTRIP FUNRIDE 
WITH #BLOGGERUTARA


Pada 25/10/15 kami #bloggerutara telah mendapat jemputan dari Penang Hop On Hop Off untuk bersama mengembara Pulau Pinang dengan menaiki Bas Hop On Hop Off ini. Di sini kami akan berkongsi pengalaman kami menaiki Bas Hop On Hop Off
Apa yang kami boleh katakan pengalaman yang SUPER AWESOME, MENGUJAKAN DAN HAPPENING!UOLS SHOULD TRY THISok




BEACH ROUTE

Pengembaraan kami bermula dengan mengelilingi Pulau Pinang di laluan pantai "BEACH ROUTE". Untuk ke 'beach route', kami mulakan dengan menaiki bas di Pit Stop 1 Gurney Plaza.

Di laluan ini anda akan menikmati kecantikan pantai-pantai di Batu Feringgi, hotel-hotel yang bertaraf antarabangsa seperti Hard Rock, Lone Pine, Bayview dan banyak lagi dan juga tempat-tempat menarik seperti Taman Rama-Rama, Taman Rimba, Spice of Garden, Toy Museum, Escape, Taman Negara, Empangan Teluk Bahang, Stray Quay, Masjid Terapung dan banyak lagi. Jangan lupa anda boleh membuat pilihan berhenti di setiap pit stop yang telah ditetapkan atau teruskan menikmati keindahan sepanjang perjalanan 'beach route'. 




Pit stop terakhir kami di laluan 'beach route' ialah Taman Rimba. Kami akan berpusing balik untuk menukar bas 'city route' di Pit Stop Gurney Drive.

Seriously, laluan beach route sangat-sangat happening. Pertama kali menaiki bas double decker ini dan duduk di bahagian "open deck" memang mengujakan. Rasa macam naik 'roller coaster'dengan angin pantai yang bertiup dingin, jalan yang berbukit dan bersimpang siur. Mengasyikan. Memang ENJOY!!!!!











CITY ROUTE

Di laluan 'city route'anda akan melihat tempat-tempat menarik seperti Bukit Bendera, Temple, Menara Tertinggi Komtar, pelbagai shopping complex, Taman Bunga (Waterfall), Chowrasta, tempat-tempat makanan yang popular, Padang Kota, bangunan-bangunan lama dan banyak lagi.

Laluan City Route ini juga akan berakhir di pit stop Gurney Drive.




Muka excited kami #bloggerutara wahhh syiokkk abis
 
  
Jangan lupa kalau naik bas hoho ni wajib ambil gambar ok hehe


Kita lex lex lu enjoy the ride ahaks


Kami #bloggerutara sangat bertuah dapat menyertai program Fam Trip and Fun Ride dengan  
Penang Hop On Hop Off


Bersama penganjur, Cik Munirah 
 

Pengembaraan kami diakhiri dengan makan tenghari di Seoul Garden. Happening!


Muka-muka bahagia dan teruja selepas seharian bersama Penang Hop On Hop Off tour 


Goodies bag dari pihak penganjur. Sijil juga diberikan. Terima kasih diucapkan kepada pihak Penang Hop On Hop Off kerana menjemput kami menjayakan program Fam Trip and Fun Ride.


Cuti sekolah nak mai dahhh..jomlah plan your visit to Penang naik Penang Hop On Hop Off. Pasti anak-anak anda akan teruja :) Lagipun tengah ada promosi tiket mykad hanya RM5 korang boleh jelajah tempat-tempat menarik di Pulau Pinang. Menarik tertarik Penang Hop On Hop Off memang debommmm weeeee

untuk keterangan lanjut mengenai Penang Hop On Hop Off anda boleh melayari website myhoponhopoff

terima kasih pada kawan kita dari #bloggerutaraSiti yang 
merealisasikan program ini #muahciked

Ok ok ok...reader and followers, tunggu entry selepas ini untuk memenangi tiket percuma Penang Hop On Hop Off dan KL Hop On Hop Off




    GIVEAWAY TIKET PERCUMA PENANG AND KL HOP ON HOP OFF

    $
    0
    0

     
    Tiket ini expired pada 31/6/16
    Tiket ini juga boleh digunakan untuk 
    KL Hop On Hop Off dan Penang Hop On Hop Off

    3 Pemenang akan dipilih secara random

    Anda hanya perlu buat entry GA ini dan 
    letak link dalam kotak komen
    Syarat sila follow:
    Blog: arwendanish 

    Tarikh tutup: 4/11/15 11mlm
    Selamat Berjaya

    PESERTA GIVEAWAY TIKET PERCUMA PENANG/KL HOP ON HOP OFF

    Viewing all 1023 articles
    Browse latest View live