CHEFMANSHIP AKADEMI
PULAU PINANG
Membantu pengendali makanan mencari penyelesaian kenaikan kos dengan menjadi usahawan pintar serta meningkatkan kebersihan, keselamatan
Unilever Food Solutions (UFS) sudah melancarkan Chefmanship Academy (CA) pertama di Pulau Pinang untuk membuka jalan kepada pengendali makanan agar mereka boleh berjaya dalam industri pemakanan. CA adalah satu pusat sehenti bagi pengendali makanan untuk meningkatkan kualiti makanan, perkhidmatan, kecekapan dan menjadi chef yang lebih baik dengan penekanan kepada keusahawanan pintar.
Di sini pengendali makanan dapat meningkatkan teknik mereka dengan pendekatan baru. Mereka akan memperolehi pemahaman lebih terperinci supaya meningkatkan pengendalian makanan dan menjimatkan masa, serta beroperasi secara berprestasi dalam menghadapi cabaran pertambahan kos operasi termasuk bahan makanan, meningkatkan kemahiran memasak dan memupuk kepintaran perniagaan.”
Untuk keterangan lanjut, pelbagai rangkaian produk, resepi dan teknik/tips2 memasak uols boleh tengok website UFS CHEFMANSHIP AKADEMIklik SINI
Sempena Hari Penjaja dan Komuniti Peniaga 2015 yang diadakan pada hari Ahad yang lepas 22/11/15 di Padang Kota Lama, kami @bloggerutara telah dijemput oleh pihak Unilever Food Solutions (UFS) untuk membuat review tentang Unilever Produk di hari Penjaja tersebut. Pihak UFS telah membuka booth untuk pengunjung-pengunjung untuk melihat lebih dekat lagi produk2 UFS, food sampling dan demo masakan.
Iols bersama MD (IPR) Intergrated Public Relations, Mr. Thong, Mr. Raymond dan Chef Yang Ibrahim. Sempatlah berborak dengan diorg ni tentang rangkaian produk, kaedah memasak, tips2 dan macam2 lagi
Antara menu2 yang mengunakan produk Unilever seperti Knorr Pasti Sedap, Planta,Stok Ayam Knorr, Mashed Potato dan Lime Seasoning. Menu hari tersebut Sayur Campur Tempek, Nasi Planta, Ayam Masak Kicap, Bergedil Ubi Kentang dan Ayam Masak Cili Api
Knorr Pasti sedap, Knorr Chicken Stock dan LimeSeasoning boleh juga digunakan dalam masakan kita. El pun memang guna produk ni tuk semua masakan el bukan saja menyedapkan malah menjimatkan masa kita hehe..El dah jatuh cinta ngan Lime Seasoning tu..mmg sedap ayaq lime tu..xpayah beli buah limau bagai..boleh jimat dan leh simpan lama. Tukang masak dan surirumah macam kita patut ada produk ini yang sangat membantu dari segi masa, kesedapan, kebersihan dan kos :)
Yang menarik hati iols ialah produk mashed potato diorg tu..korg x yah lah nak susah payah dah nak rebus ubi bagai..pakai je mashed potato diorg tu...macam2 boleh buat..cuma kita kena kreatif lah kan..hari tu cuba try bergedil ubi diorg buat..memang sedap x tipu hehe
Chef Yang Ibrahim sedang menerangkan kaedah dan tips2 memasak kepada pengunjung.
Contoh Juadah Makanan yang mengunakan
produk Unilever.
Sya, seorang dari ahli @bloggerutara menjadi Chef Jemputan untuk demo memasak mengunakan produk2 Unilever..jeles berkilo2 tau haha
Chef Sya dan Chef Yang menunjukkan cara memasak Ayam Masak Kicap
Tadaaa...sekejap dah siap..yang penting bersih, jimat dan sedap
Yeayyy dapat tapau Ayam Masak Kicap petang tu ekeke
Ok sesi bergambar pun bermula
Terima kasih tidak terhingga kepada penganjur event Unilever Product Solutions atas jemputan ini. We looking forward for next event Insyallah.
Tahniah @bloggerutara #kipidap