Isnin lepas sepupu kepada en. somi dtg rumah..sembang pya sembang rupanya derang bertanyakan pasal pokok bakawali..setahu aku dah 7 taun dok umah mil ni xtahu pun mil ada tanam pokok bakawali..lgpun b4 ni pun el just tahu pasal nama..xtau pun mcm mn bentuk rupa n kegunaan lain
tiba2..jeng2 laki pada sepupu tu terus rasa sesuatu uols...tiba2 dia leh rasa something kt pokok tu..dia kata ada bau kuat..yg kami semua ni x bau apa2 pun..pas2 dia cakap..ada 'org jaga' pokok ni..mil aku senyum xckp apa2..aku dah panik..mak betul ke mak?mil aku senyum..en. somi lak kata xde pape..jgn percaya..ha mana satu aku nak dgr ni...
nilah Pokok Bakawali kat belakang umah mil aku tudia skit pya besaq
Then aku pun gugel lah psl Pokok Bakawali ni..rupa2nya mmg ada 'Penjaga' fuhhh
Nama lain bagi Bunga Bakawali ini juga ialah Ric Rac Cactus, Moon Cactus dan Queen Of The Night. Bakawali merupakan tumbuhan daripada keluarga kaktus yang berasal dari Mexico dan Amerika Selatan.
Ia banyak ditanam sebagai pokok hiasan di seluruh dunia. Pokokbakawali boleh membesar sehingga ketinggian 2 meter. Ia agak unik kerana dahan dan rantingnya berbentuk leper seakan daun. Batang utama pokokbakawali berbentuk bulat dan keras. Bakawali sebenarnya mepunyai daun tetapi bersaiz kecil dan hampir tidak kelihatan. Ia boleh dibiakkan melalui keratan batang.
Baunya memang semerbak wangi dan akan kembang pada waktu malam. Bau menjadi lebih wangi pada pukul 12.00am iaitu bila ia kembang penuh. Bunganya akan layu bila sudah pagi. Sekali sahaja ia kembang, kemudian ia akan layu.
Kepercayaan Orang Cina
Menurut kepercayaan orang-orang Cina bahawa Pokok Bakawali boleh mendatangkan tuah dan rezeki sekiranya berbunga. Selalunya ditanam berhampiran dengan tempat mereka berniaga dan diikat dengan reben merah pada tiap-taip dahan. Mereka juga percaya sekiranya pokokBakawali itu mati atau layu bermakna mereka akan mendapat musibah atau suwey.
Mistik
Orang-orang Melayu percaya ada orang Bunian akan berada berhampiran pokok bakawali semasa bunganya hendak kembang. Ada juga yang percaya bahawa terdapat seorang dewa dari kayangan yang menjaga bunga ini semasa ia kembang.
Ada juga yang percaya bahawa pokok bakawali ini mempunyai hubungan yang rapat dengan orang yang menanamnya dan percaya sekiranya tuan punya pokok meninggal dunia, pokok bakawali yang ditanamnya turut akan mati.
Kegunaan Lain
Bunga bakawali ini boleh dimakan. Ia dijadikan bahan masakan jika dicampurkan bersama bahan-bahan lain. Batang dan ranting pokok bakawali yang dilumatkan dan ditampal pada bahagian berkenaan dipercayai dapat merawat bengkak, luka kecil dan bisul. Manakala air rebusannya pula boleh digunakan untuk merawat demam panas, lebam dan kecederaan ringan. Bunga bakawali yang direbus dan diminum dapat merawat batuk berdarah, pendarahan dalam rahim dan radang tekak.
eh eh dulu ada drama pasal Bakawali ni kan..
Allahualam..walau apa pun, semuanya adalah kepercayaan semata-mata. Namun rezeki, malapetaka, jodoh dan ajal sudah pun ditentukan oleh Allah SWT.