Quantcast
Channel: El-DARWENA - A LIFESTYLE BLOGGER
Viewing all 1023 articles
Browse latest View live

LAGI KANAK-KANAK DIJUMPAI DENGAN PENYEPIT BAJU

$
0
0

Pulau Pinang 29 Januari 2013 - Seorang kanak-kanak perempuan dijumpai menangis akibat rambutnya disepit oleh penyepit baju. Mengikut ibunya, kanak-kanak perempuan tersebut leka bermain bersama abang dan kakaknya dengan penyepit tersebut sambil itu ibunya pula sedang leka menonton drama Setia Hujung Nyawa (ok time nak type ni rs nak gelak berdekah3). Ketika drama itu diselangi dengan iklan, ibunya cuba membuat jenaka dengan mengepit penyepit tersebut dirambut beliau lalu anak kecil itu rasa seronok dan menyuruh ibunya mengepit penyepit rambutnya pula. Abang dan kakaknya sama-sama menyertai ibu mereka. Menurut ibunya lagi, mula-mula anak kecilnya sangat seronok bila rambutnya dikepit tetapi kemudian menangis tiba-tiba dan meronta supaya penyepit itu ditanggalkan. Lalu ibu dan kawan-kawanya (abg dan kakak) sama-sama menanggalkan penyepit tersebut. Kanak-kanak tersebut akhirnya selamat dan tiada kecederaan berlaku. Sekian


hahahahahaha ha bkn mama el yg buli ok..budak tecit tu yg suh kepitkan
pas2 nak ngis2 pulak..tp comel lah hahahahaha alanaaa..alanaaaa..



IKAN PARI BAKAR

$
0
0

ari isnin lepas en. suami ada beli 2 ketul ikan pari..suhnya buat bakar2..ekceli el xnah msk ikan bakar2 ni..sllu mil yg buatkan..so ritu mil balik dr pondok..so dia lah yg bakarkan...mil bakar ikan tu xde letak pape..pakai bakar arang lak tu...rajin betul...then tgglah seketul lagi...

esoknya mil balik pondok..so dptlah el buat ikan pari bakar ala el..el bakar atas kuali non stick je..el siap buat sambal nak bakar sekali..sambal tu senang jek..sambal yg el letak lam ikan cencaru tu el perapkan dengan ikan pari ni..so bila bakar..el bakar sekali ngan sambal tu..sbb el nah tgk org bakar letak macam sambal atas ikan tu..

so bila siap bakar..mmg ada rasalah sambal kt ikan tu..xde lah plain je..heheh sedap dimakan dengan ayaq asam :)
 
dah pandai bakar2...boleh lah pasni nak bakar2 lagi..haha

GAMBAR MAJLIS BERINAI LIYANA JASMAY

$
0
0
 Kurang 60 jam daripada sekarang, Liyana Jasmay bakal di’ijabkabulkan dengan lelaki pilihan beliau, Fathudin Mazlan seperti yang sudah diketahui ramai dan majlis mereka memang di’nantikan.

Malam tadi, berlangsung majlis berinai sebagai persediaan pasangan ini sebelum majlis pernikahan & persandingan mereka berdua yang bakal berlangsung dalam satu hari pada 2 Februari ini.

Majlis berinai Liyana Jasmay pada malam ini bertemakan Bollywood di’mana ianya terserlah pada pemakaian aktress ini sendiri & para tetamu yang terdiri daripada keluarga, teman rapat & juga rakan artis. sumber

 


canteknyerrrr colorful

 

 



sape tau sape ni..miasara with anak tomey nabila huda, keisha :)


lisa, nadia and nabila

KARI IKAN BAWAL PENANG MALI

$
0
0

dah kawin ngan org penang ni..xleh lepas dari masak kari...smggu 2 3x gak lah masak kari..dah semua hantu kari..lau orang penang x mkn kari..bkn org penang derrr..hahaha
ni kari bawal smlm pya menu..cam biasa smbil dinner tgk setia hujung nyawa hehe

ini kali talak santan...letak ayaq asam jawa byk2..mmg leh tahan 1 2 hari gak lah..lagi lama lagi sedap..percaya?percayalahhhh lagi sedap cicah ngan lempeng dan roti yeayyy haha


AZNIL NAWAWI DIANUGERAHKAN GELARAN 'DATUK'

$
0
0


Tahniah diucapkan pada selebriti popular tempatan, Aznil Nawawi, 50, atau lebih mesra dipanggil Pak Nil.

Menerusi laporan dari Bernama, Aznil Nawawi bakal dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) sempena Hari Wilayah Persekutuan bersama 40 orang lagi penerima anugerah yang sama pada hari ini (Jumaat). Penganugerahan ini secara rasminya akan memberikan gelaran ‘Datuk’ kepada Aznil Nawawi.

Istiadat penganugerahan darjah kebesaran, bintang dan pingat akan diadakan di Istana Negara, Jalan Duta dan akan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Aznil Nawawi merupakan ‘Duta Sihat 1Malaysia’ dan sudah menceburi industri hiburan lebih dari 20 tahun.

Jadi selepas ini, tiadalah lagi panggilan Pak Nil, bertukar jadi Tok Nil lah pula, kan? Oops, gurau.




nota bijik: tahniah pak nil...oleh itu jom pakat ramai2 jd retis..alang2 leh dpt gelaran datuk hehehe

TULAH DIA..ALANA

$
0
0

nape ngan alana tu?ni gara2 mama dia marah sbb dia main wayar kt tv tu..ALANA!!!NO!!!


haha mama rimo dah marah terus takut peluk kakak haha

peluk xlepas2..kemana kakak pergi ikut haha

Masa ni aku wat muka garang..haa lagi lah budak ni takut TETAPI..ye TETAPI 

boleh lak dia sengeh mcm ni..mak sape yg x gelak tgk muka comel cengitu hahaha nak marah pun jd terus x marah...alanaaa alanaaaa..mn lah ari2 x gomol ini budak...hehe

yg kelakar..bila kita say NO..dia say NO balik kt kita..hahahaha
kita marah dia..dia marah kita siap tunjuk tgn nak babab..hahaha
bila kita solat..dia solat kt depan kita..dgn vontotnya yg kiut tu kita xtahan gelak..
bila kata nak tukar pampers..dia tulun amek kan pampers pas2 baring siap2 haha
kalau berak..dtg dkt kita tunjuk vontot hahaha
bila kata tgu sat no mama nk tgk drama ni..t iklan mama amek air k..dia anggukkan aje haha

bln dpn genap 2 taun Nur Alana Delisha..apa yg boleh dia ckp mama babah shushu (susu) ball pish (fish) cat air 123 (tu..wa..ga) hahahaha ABC dinosour (sorrrr) mcm2 lagi lah

bab menari pandai..pantang dgr lagu...
bila time mkn bc doa..dia angkat tgn bc doa sekali..pas2 amin..cumel sgt

mmg cepat progressive alana..seronok tgk telatah dia yg kelakar sokmo

MEMEY SUHAIZA DAPAT ANAK LELAKI

$
0
0
 
Memey Suhaiza di’laporkan selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 9.55 malam, 1 Februari 2013 di Dewan Bersalin Muslimah Sunway Gombak.

“Alhamdulillah, semuanya selamat. Doa saya untuk bersalin secara normal dimakbulkan. Abang Norman menemani saya di bilik bersalin dari awal sehinggalah saya selamat melahirkan,” ujar Memey Suhaiza.

Bayi lelaki itu di’beri nama Mohamed Darwisz Hakim lahir secara normal tetapi awal dua minggu daripada yang di’jangkakan doktor.

Kelahiran bayi lelaki ini menandakan Norman Hakim sudah mempunyai empat orang anak termasuk tiga orang ketika perkahwinan bersama Abby Abadi. Tahniah kami ucapkan kepada pasangan ini!

sumber

GAMBAR PERNIKAHAN LIYANA JASMAY

$
0
0
 Aktress dan penyanyi Liyana Jasmayakhirnya bergelar isteri kepada usahawan Fathudin Mazlan dalam satu majlis akad nikah yang di’adakan di Kuala Lumpur hari ini.


Majlis akad nikah Liyana Jasmay dan Fathudin Mazlan dilangsungkan di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur pagi ini.


Pasangan ini di’ijabkabulkan sendiri oleh ayah Liyana Jasmay dalam dua kali lafaz dengan seutas gelang tangan emas sebagai mas kahwin.


UPDATE-1: Mereka sah bergelar suami isteri sekitar 10.27 pagi tadi.

Liyana Jasmay menerima 5 dulang hantaran termasuk wang hantaran berjumlah RM 28,300.88 dan membalas dengan 7 dulang hantaran kepada pihak lelaki. sumber


 






 lagi gambar klik SINI



tahniah LJ dan suami

OH POPIA..SEDAP BETUL DIKAU NI

$
0
0
sape x mkn popia..pi jauh2 hahahaha
saya hantu popia...ni kali ke2 beli popia kat area Bukit Jambul Mall


sedap dimakan panas2 wooooo 
Popia goreng rangup
Popia basah sambalnya mantop aiii loiiikeee


semua dah selamat lam perut..alhamdulilahhhh



lama giloss x dpt award..tup2 rini dpt award dr isabella..isabella la sgt kahkahkah
dpt award ABPKT (Anugerah Bintang Pen-Komen Tegar) hahaha
sukatik je tambah Bintang disitu..muehehehe

Thx lu sbb kasi guwa award..guwa sgt sebak smpi ngis terkencing lam suar hahaha ok tipu :)



enjoy ur wiken..el keje sabtu..so bw sampai lebam boleh hahaha

NASI BRIYANI AYAM MASAK MERAH DALCA SAYUR

$
0
0
lau awal bulan dpt gaji..sure el akan msk spesel tuk famili..awal bln je lah tgk lah keadaan ekonomi caner hehe..so rini el msk nasi briyani, ayam masah merah dan dalca sayur..pagi2 dah terjah market Bayan Baru (market yg sllu el p) dengan menaiki moto..lau nek kete konpom parking xde..lau ada pun jauh...el pi sorang je..anak2 tggl ngan abah derang


before ni el nah msk nasi briyani..ayam masak merah pun sllu gak masak..yg x nah msk tu dalca sayur...suami el mmg suka dalca ni..lau mkn ngan nasi briyani lagi lah mantop hehehe...


1st el msk dalca sayur ni tak menjadi..ntah ape yg silap..so rini mmg lulus lah..mmg cukup rasa dan sedap hehehe..so el amek resepi dari Cendana Kasih



oklah nak rehat sekejap..penat bersilat kat dapur ekekeke...

GAMBAR RESEPSI PERKAHWINAN LIYANA JASMAY

$
0
0

Liyana Jasmay & Fathudin Mazlan selamat bergelar suami isteri dalam satu majlis akad nikah semalam dan mereka di’nikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan.

Malam itu  pada hari yang sama, berlangsung pula resepsi perkahwinan untuk meraikan pengantin baru ini & pastinya ia di’hadiri oleh kaum keluarga, rakan selebriti dan para media.

Mungkin ini satu perkara yang anda tidak berapa mahu tahu tetapi kami merasakan majlis perkahwinan Liyana Jasmay ini antara yang sangat mudah untuk kami lakukan kerja. 








Tema adalah romantis..mmg romantis betul majlis ni..dan Liyana Jasmay nampak cantek dengan gaun dan suami berkot ala inggeris :)

lagi gambar klik SINI

gambar pernikahan beliau klik SINI

RESEPI CUCUR BADAK

$
0
0
telah merajinkan diri membuat cucur badak...cucur badak is one of my favourite kueh tradisional..sape x suka pi jauh2 hahaha...

tghari masak tuk lunch terus menguli and siap doh ngan inti cucur badak then difrozenkan..petang baru nak goreng..makan panas2 with kopi o kaw2..haha


jemput makan uolsss :)

RESEPI CUCUR BADAK
Resipi : Che CT
Inti Serunding Kelapa :
1/2 biji kelapa parut putih
4 biji bawang merah #
2 ulas bawang putih #
1 batang serai - hiris nipis #
6 tangkai cili kering - rendam seketika dalam air panas  - toskan #
1/2 inci kunyit hidup #
1/4 cawan udang kering - rendam sekejap dan toskan #
bahan bertanda # dikisar halus dengan sedikit air
Garam dan sedikit gula secukupnya

Untuk Kulit :
700 gm ubi keledek kuning
1 1/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung beras
Sedikit garam

Cara-cara :
1. Inti : Dalam kuali panaskan 1 1/2 sudu besar minyak masak dan masukkan semua bahan kisar kacau sebentar. Kemudian masukkan kelapa parut kacau lagi dan masak sehingga kering. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Sejukkan seketika.
2. Untuk Kuih - rebus keledek yang dibuang kulitnya sehingga 1/2 empuk bersama sedikit garam. Toskan dan lecek hingga lumat semasa panas. Ketepikan biar sejuk seketika.
3. Kemudian masukkan tepung yang telah diayak sedikit-sedikit dahulu kedalam keledek yang dilecek sehingga menjadi doh yang lembut.
4. Ambil doh sebesar bola ping pong kemudian leperkan dan masukkan 1 sudu kecil inti serunding. Kemudian tutup dengan kemas dan tekan sedikit ditelapak tangan untuk bentukkan kuih menjadi sedikit leper.
5. Kalau adunan lembik sikit, tak apa sapukan sedikit tangan dengan tepung.
6. Susun kuih dalam bekas yang dialas dengan plastik agar kuih tidak melekat dan buat sampai habis.
7. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana dan goreng sambil dibalik-balik sekali sekala sehingga kuih sedikit perang keemasan dikedua-dua belah. Angkat dan toskan atas paper towel.


nota bijik: nape dipanggil cucur badak eh..xde pun rupe badak..mayb betuknya yg besar2 cam badak..hahahaha tp rsnye walaweiiii sedappp kn

RINDU BERTAMU DI ABU DHABI SLOT AKASIA

$
0
0
  Minggu ini minggu terakhir untuk drama Setia Hujung Nyawa. Slot akasia terbaru akan digantikan dengan Drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi


Berkenalan ➜ Merisik ➜ Bertunang ➜ Bernikah ➜ Bercinta di atas jalan Allah ➜ Happy family ➜ Bahagia selamanya ♥



SINOPSIS RINDU BERTAMU DI ABU DHABI

Fahrin Ahmad membawa watak Firdaus dan menjadi suami kepada Ain lakonan Tasha Shilla. Fahrin juga sebagai abang kepada Sharizal Jazle yg pegang watak Faiz. Ada sebab mengapa Firdaus membawa diri hingga ke Abu Dhabi akibat fitnah ke atasnya, siapakah agaknya yang membuat fitnah tu?Khabarnya drama ini macam cerita Kabhi Kushi Khabi Gham.. Aiman Hakim Ridza berperanan sebagai apa, mungkin sebagai adik yang mahu memujuk abangnya balik, menyatukan kembali keluarga mereka.. ada rindu bertamu di Abu Dhabi..

Raja Ema pulak pegang watak Salina perempuan jahat yang jadi ibu ayam. Nak tengok cemana Raja Ema bawa watak agak berbeza dalam drama2 dia sebelum ni…kena le tengok drama bersiri Rindu bertamu di Abu Dhabi , sambil melayan permandangan yang indah dan berbeza di Abu Dhabi.


nota bijik : moss kena tgk ni..kembo dia berlakon haha

ALANA POLKODOT SHAWL GIRL AND THE MIRROR

$
0
0








hahah tajuk dah mengalah tajuk filem daaaa

ini budak pantang nampak mama dia pakai tudung sure igt nak kuar..dia yg teruja lebih melompat2 ye ye ye ye ye ntah hape2..sakan no

smlm pi lah sj pakaikan dia shawl el tu...tup2 terus tgk cermin..haaaa gelak ngekek la dia..mcm2 memek muka dia buat..pandaiii no haha

kalau kain tudung bersepah..ini budak lah punya keje..abis dia amek pakaikan pas2 xreti nak sangkut balik haha


nota bijik: byk2 shawl..shawl ni el paling suka pakai :)



WW - TAHNIAH

$
0
0

tahniah tp ada pic kuehtiaw hahaha..pas antar abg danish skul..terus masok ofis tgk jam haii awalnya kul 8pg dah..terus mencekik kuehtiaw goreng dr rumah hehehe..nti lunch skip der...


dan berkongsi berita gembira...tahniah pada adik el yg 3 tahun lebih menunggu cahayamata skun sudah pregnant..alhamdulilahhhh


biasalah lau org dah kawin lau masok setahun x pregnant lagi mulalah  mcm2 berlaku..org sekeliling..org terdekat..xkiralah sesiapa akan menanyakan perkara ini..tu xpregnant..dah yg ada anak ramai pun lagi mau tya..hahahaha..mcm2 dah adik el ni pi buat..dr mengurut..jumpa doktor..buat itu buat ini..last2 terbaru el dpt tau dia  mkn SHAKLEE..alhamdulilah sebln lepas tu..pregnant..yehooo den akan dpt anak buah..:)

mcm adik el ni..kita xtahu samada kesan dr Shaklee atau dah takdir dia pregnant
lepas 3taun..allahualam..apa yg penting
kita buat apa yg termampu..byk2 berdoa..dan berserah padaNYA
Dia yang lebih mengetahui dan menentukan segalanya :)

jom mkn Shaklee..hahahaha
 


PSY GANGNAM DATANG PENANG..huk aloh

$
0
0

tudiaaa dia mai penang baq kat hangggg!!!hahahaha
seronok lah depa raya dpt tgk PSY no
enjoy lah org bangsa cina celebrate their CNY dgn PSY ni hehehe
mcm2 spekulasi disbbkan kdtgn PSY ni ke Malaysia smpi hal politik diungkitkan
hampir 2juta lebih dibayar kepada PSY ni..fuhhhh giler mahal derrr..dgr kata..private sektor yg bayar..allahualam..nape xjemput artis kita..ada kot selingan hahahaha

PSY nak mai wat show kat 60K tetamu pada 11/2/13 dr 10.00am-1.00pm dekat Han Chiang High School..dkt ngan Masjid Negeri depan Sekolah Al-Mashoor

sesak lah penang..najib pun ada..haii peminat PSY gak ka kui3x..bkn tu ja ada mkn2..and angpow raya...hui3x

xkose cheq nak pi tgk PSY..cheq balik umah duk gosip ngan mak abah adik badik lg baguihh hehe..mood balik kampung sudah maliii...:)

nota bijik: cheq baru tau smlm...mmg tahu psl PSY ni kat ohbulan..tp igtkan nak wat show kat luar negara..sekali kt Penang der..hahaha 


CENDOL OH CENDOL

$
0
0


tau2 je en. suami bini dia teringin nak mnm ayaq cendol...smlm en. suami belikan kat pasar malam jek

haaa lega dpt mnm..ni lau letak pulut wahhhhhhhhhh mantop lah haha

dulu time el sekolah menengah..balik sekolah sure singgah kedai tepi jalan tu..dulu time sekolah 50sen segelas jual..skun 2.00-3.00 huhuhu


AISKRIM CIPTAAN ABANG DANISH

$
0
0


 tudia haihhh askrim besaq gedabak hasil ciptaan ahmad danish zikry
ni lah koje dia ari2..buat milo letak lam gelas (budak ni pandai bancuh ayaq milo ok)
pas2 taruh lam peties
ha jd lah askrim milo..ko hado hahahaha siap ado pemegang tu haaa kau


 menikmati askrim milo petang2..kemain dia taw


mengunakan gelas besaq gedabak ni lah 


npk x apa yg aii nampak..hahaha tu sudu..dia letak sudu sekali lam gelas tu...at least leh jd pemegang ketika mkn..cleber x uolsss hahaha

GAMBAR ROZITA CHE WAN DAN ZAIN ZAIDIN BERCUTI DI USS

$
0
0
 
Rasanya ini pertama kali pasangan sensasi ini berani tampil bersama dalam gambar untuk tatapan peminat selepas isu hangat tentang perkahwinan mereka.


Zain Saidin & Rozita Che Wan menerusi laman Instagram masing masing berkongsikan gambar mereka berdua bercuti ke bumi Singapura dan berlatarbelakang taman tema Universal Studios.


Namun Zain Saidin & Rozita Che Wan bukan pergi berdua kerana dalam beberapa keping gambar lain kelihatan juga kelibat Ayu Raudhah dan suaminya, Zaquan Adha.


Memang elok pasangan ini pasang niat untuk segera berkahwin jika sudah boleh di’terima masuk dalam keluarga.


ALANA DAN UPIN IPIN

$
0
0

 apalah yg budak tecit ni wat lam gelap sowg2 haa


kusyuk npknya...


haiii smpai mama dtg pun x toleh dah ea hehe
 

adik tgk ape tu cer cite cer cite 
 

pasang lmpu..aik tuko posisi lak..kemain ea..amboi3x
 

laaa tgk upin ipin lagi...


nota bijik: jgn xtau budak tecit ni pandai dah touch skrin bagai..nak kecik nak beso skrin tu..siap tahu kt mn video tu ada..haaaa jgn kaco ok budak ni..sat g dia mengamuk muka sebik msok bilik tutup pintu ok..kemainnnnnnnn hahaha
Viewing all 1023 articles
Browse latest View live